Pantun 4 kerat
Sunday, July 25, 20109:55 PM
Ambil hadiah diatas pentas Jangan melangah nanti hilang Cepat lari dengan pantas Elbrus jangan marah kami menang Makanan Tradisional Melayu
9:14 PM
Ketupat: Ketupat adalah sejenis hidangan yang dibungkuskan dengan daun kelapa. Terdapat banyak jenis ketupat seperti ketupat pulut dan ketupat nasi. Ketupat selalunya dihidangkan pada Hari Raya. Lontong: Lontong sama seperti ketupat. Ia dibuat daripada beras dan dibungkus dalam daun pisang. Lontong selalunya dihidangkan dengan satay. Satay: Satay dibuat daripada daging yang dicucuk pada lidi. Ada banyak jenis satay. Satay dihidang dengan bawang merah, timun, kuah satay dan ketupat atau lontong. Nasi Lemak: Nasi lemak selalunya dimakan sebagai sarapan. Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis dan sambal. Permainan Tradisional Melayu
6:34 PM
Sepak takraw: Sepak takraw adalah permainan tradisional Melayu yang paling terkenal di kalangan warga Melayu. Bolanya dibuat daripada rotan. Ia berasal daripada Malaysia. Congkak: Congkak sering dimainkan pada masa lapang. Permainan ini menggunakan papan kayu berlubang dan guli. Congkak dipercayai berasal daripada negeri Arab. Capteh: Capteh boleh dimain berkumpulan. Pemain boleh menendangnya beberapa kali tanpa menjatuhkannya. Hari Sukan!!!
Saturday, July 24, 20105:18 PM
Semalam adalah Hari Sukan sekolah kami. 'Rumah' saya adalah Vinson, warna biru dan kami menang!!! Saya tidak duduk dengan murid-murid lain di 'rumah' saya kerana saya ada "CCA duty". Saya dan kawan-kawan harus menuang air ke dalam gelas. Walaupun saya tidak mengambil bahagian melari, saya harus jalan sana jalan sini untuk memberi minuman itu kepada murid-murid, guru-guru dan ibubapa yang haus. sungguh mempenatkan. Saya pakai baju CCA saya. Warnanya sama dengan baju 'rumah'saya. Dan semalam adalah harijadi salah satu pelakon kegemaran saya, Daniel Radcliffe yang ke-21!! Hari saya
Tuesday, July 20, 20107:55 PM
Hari ini saya tidak ke sekolah kerana saya kurang sihat sejak semalam. Semalam saya datang ke sekolah tetapi hari ini saya tidak boleh tahan. Adik saya juga tidak ke sekolah. Kami berdua pergi berjumpa doktor dengan ibu bapa kami. Kami pergi ke klinik privet berdekatan dengan stesen MRT Khatib. Kami sekeluarga selalu pergi ke klinik itu apabila kami jatuh sakit. Pada tahun lalu, walaupun saya sakit, saya tidak pergi ke doktor. Kali terakhir saya ke sana adalah dua tahun yang lalu. Saya berasa sangat bosan tadi kerana saya hanya baring di katil saya. Saya akan berasa mabuk apabila saya tidak baring. Mengapa blog Bahasa Melayu?
Sunday, July 11, 201010:40 PM
Saya Namirah dari Sekolah Menengah Northbrooks. Saya membuat blog ini kerana disuruh oleh cikgu Bahasa Melayu saya. Blog ini akan menentukan markah CA2 saya. Ini kali pertama saya membuat blog dan dalam Bahasa Melayu lagi. Saya juga buat blog ini kerana saya dan kawan-kawan sekelas mengambil bahagian peraduan blogging. Peraduan itu akan ditutup pada 30 Julai. Saya tidak tahu bagaimana saya hendak mengatasi cabaran ini tetapi saya akan menggunakan sedaya upaya saya untuk peraduan ini. Saya tidak suka akan cabaran ini kerana membuat blog sungguh melecehkan. Itupun saya meminta tolong daripada kakak saya dari masa ke masa. |
Profile
Pautan
Archives
>>Pantun 4 kerat
>>Makanan Tradisional Melayu
>>Permainan Tradisional Melayu
>>Hari Sukan!!!
>>Hari saya
>>Mengapa blog Bahasa Melayu?
Ekstra
Credits
Kamsahamida ^^Blogger;Alison& Pamela Pictures;Flickr |